kami

kami
6.6.2011 Permulaan kehidupan. Semoga segalanya dipermudah. Aminn...

Friday, October 4, 2013

kasih bersatu, permata hati diberi



6.6.2011, bermula alkisah dalam kamus hidupku..
sulaman kasih dibina hampir 3 tahun akhirnya tersemai indah dihari perkahwinan. Syukur Alhamdulillah
segala yang dirancang akhirnya terbina jua.



Kehidupan yang dibina tidak seperti orang lain.
perkahwinan jarak jauh memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. 
semoga ia penjadi pendorong buatku untuk terus bersabar...bersabar ...bersabar dan bersabar
terima kasih di atas kurniaan yang diberi..


Nur Assyifa Adriana, cahaya penawar dalam kehidupan ...
Tanggal 3.3.2013 lahirnya seorang puteri yang menjadi pengikat kepada kasih sayang kami.
 segala gelak ketawa, suka dan duka menjadi kekuatan untuk kami membina keluarga.

Sunday, August 18, 2013

“Hanya aku dihati dia”


Aku termangu-mangu sendirian. sejak kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku kepada ku, aku terkedu, aku terkeliru..adakah aku dihatinya!!!
nak kata aku perasan x juga.. nak kata aku syok sendiri pun x juga..kawan-kawan sendiri perasan kelainan yang diberikan olehnya..betullah andaianku sememangnya aku dihatinya....

hari ini aku menjalankan tugasku seperti biasa..perkara yang sama terjadi kepadaku yang menarik perhatian rakan seperjuanganku..aku hanya mengiakan sahaja apabila mereka bertanya kepadaku kerana aku tahun mereka memahami perasaan ku saat ini.

malam semakin kelam. aku mula merasa gementar..adakah dia akan hadir disisiku ..adakah perkara yang sama akan terjadi kepadaku. aku tidak sanggup lagi untuk menghadapinya.. aku tidak mahu tubuhku disentuh olehmu lagi ''TIDAK!!!. 'aku tidak sudi untuk menerimanya' 'aku tidak rela kau memperlakukan aku sedemikin lagi'. aku merayu-rayu supaya engkau pergi dari hidupku.. namun engkau hanya membiarkan aku sebegitu.. aku cuba melarikan diri disegenap sudut lapisan namun aku pasrah yang sememangnya engkau berjaya mencariku. akhirnya aku pasrah dengan tindakanmu.. 'GAGAL"'' lagi

semalaman aku berfikir kenapa engkau begitu menyukaiku..adakah kerana keayuan yang aku tonjolkan ataupun kecantikan yang dianugerahi menyebabkan engkau tidak terlepas pandang untuk mendampingiku..aku cuba melairikan diri, pelbagai cara aku gunakan supaya engaku membenciku..namun aku pasrah sememangnya aku begitu diminati olehmu.

hari ini aku nekap untuk melakukan sesuatu kepadamu supaya engkau tahu siapa aku. aku harap engkau memaafkan segala apa yang berlaku jika terjadi apa-apa kepadamu dan kaum kerabatmu. namun yang pasti perjuangan aku harus diteruskan kerana aku tahu dan pasti yang aku berjaya menentangmu
.
seperti biasa jam menunjukkan 12 malam..aku menunggu ketibaanmu.. engkau bergerak perlahan-lahan mengampiriku. aku hanya tersenyum manis memandangmu. aku tahu apa niatmu terhadapku. namun niatku hanya satu pada masa ini iaitu untuk membunuhmu..akhirnya aku bejaya "SYYY...SYYY.." mati kau wahai NYAMUK!!!terlerai dendamku..hihii..