kami

kami
6.6.2011 Permulaan kehidupan. Semoga segalanya dipermudah. Aminn...

Tuesday, September 1, 2015

KENALI PREMIUN BEAUTIFUL

Hari ni rasa nak cerita tentang PB yang terhebat..superbrand...super meletop....
bila jari jemari mula menulis...
jom kita layan....

 



Korset Preminum Beautiful nama yang diberi..aku selalu panggil korset PB atau korset abang sayang ketat ketat.. sebab apa..sebab kesan daripada pemakaiannya... ;)

Korset Premium Beautiful direka khas untuk wanita atau kata lain merupakan pakaian dalam wanita khusus untuk pelangsingan badan dan kecantikan dalaman..

         korset ini antara jenama nombor satu yang diiktiraf sebagai produk Superbrands yang dibuat daripada bahan yang sangat berkualiti yang mana bila kita pakai disetiap sudut tubuh kita, kita akan rasa selesa dan badan terasa kemas mcm dipeuk peluk gitu :), tidak panas, bebas bergerak dan . malahan kualitinya dijamin seumur hidup.

korset ini berpandukan teknologi dari 3 buah negara maju iaitu;;
1) Amerika Syarikat
2) Jepun
3 Jerman

     korset ini sesuai bagi wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Rahsia yang paling besar terdapat dalam Korset Premium Beautiful ialah bebenang fabrik yang disuntik dengan  bahan yang menghasilkan gelombang Far Infrared (FIR). Apabila pemakai memakai secara terus ia boleh memberi kesan kebaikan kepadanya dan perkara yang paling penting Premium beautiful adalah satu satunya korset yang mengandungi teknologi FIR dari dulu hingga kini.

sebenarnya korset ni sudah lama di pasaran tapi hanya aku yang baru tahu..al maklumlah dulu xde rasa nak jaga kecantikan..sekarang baru rasa ada... yela dah jadi tauke  PB kena kita yang rasa dulu.. baru boleh jual kat orang..betol ke idok?? tapi yang pasti hasuhnya sangat umppph....
rugi x jumpa awal2.. satu pelaburan yang baik untuk kiri kita khususnya wanita..
kalau nak tahu...korset ni lelaki pun boleh yer..baby pun boleh...sebab apa...sebab korset ini terbahagi kepada beberapa bahagian... Tu dia..... :).. nanti kita sambung..bahagian apa pula...
jom pasang badan dulu








Monday, June 22, 2015

sharing is caring

 Assalamualaikum... dah lama rasanya x bersua rasa kat sini.. sampai password pun xingat.. nampk sangat ku kesibukan.. SIBUK... xtau sibuk kat mana kerja atau keluarga..

tapi xpe sebab dah lama x megarang.. hari ni nak cite sikit la apa perkembangan kita...
skarang aku dah pandai buat bisnez..mula mula merangkak lama Insyaallah bolh la sikit2. untungnya ada leader yang membantu bukan sorang-sorang syok sendiri..

bisnez apa tu???
ha...itu la nak cite..
sekarang dah mula berjinak-jinak nak jual produk kesihatan dan kecantikan..
yela sekarang semua orang nak cantik nak sihat terutamanya perempuan macam aku ni..
pantang orang jual produk xkira la dalaman ke luaran ke mesti akan beli.. makan kadang kadang itu pun time rajin..macam mana nak berhasil..tapi hasil tu ada sebenarnya cuma malas atau rajin..x caya tengok ni...
inilah hasil penangan produk muka yang yang baru ku guna..glowing gitu berbanding yang dulu..bukan nak kata cantik tapi ok sikit  daripada sebelum ni..
ini bukan produk ku jual kerana ini sebelum aku berbisnes tapi nak cite memang perempuan ni suka beli barang yang melibatkan kecantikan fizikalnya supaya nampak confident bila berhadapan dengan orang atau suami.

berbalik kepada cerita kita.. aku sbnarnya xminat sangat nak berbisnes ni tapi entah macam mana boleh pula terpaut.. mungkin ini salah satu percaturan atau mungkin ini salah satu jalan rezeki untuk aku mengubah ekonomi keluarga.. Aminn...
 sekarang aku dah menjadi ahli keluarga Hai O Marketing bawah keluarga SHOM...apa itu SHOM???

SHOM ialah  Sahajidah Hai O Marketing.. dalam biznes ni apa yang kami jual khusus untuk semua lapisan masyrakat x kira bangsa dan agama, tua atau muda semula boleh guna..
contoh.. kami ada..
1. korset Premium Beautiful (Hot Item)
2. Mineral Coffee
3. Garlic Tablet
4. BBPlus collagen
5. Garam buluh dll..
sebenarnya nak diceritakan banyak.. kita tulis apa yang paling femes sekali jela..  5 terbaik...

so bermulanya disini perjuangan aku...
terima aksih...

Thursday, May 22, 2014

syifa sayang


gembiranya hati umi tatkala kelahiranmu. peneman segala duka umi ketika abah berjauhan. dirimu umi tatang bagaikan intan dan bermata. bertama serinya hati umi dengan kehadiranmu.

masa kian berlalu, syifa membesar sekelip mata sahaja bagi umi. skarang syifa dah jadi kakak. kaka kepada seorang adik lelaki yang diberi nama adam. tapi kita masih lagi sama iaitu sama dari erti kata berjauhan dengan abah. abah masih tidak bersama kita berkerja diperantauan di tapah perak..bukan untuk mengeluh dengan ujian diberi tapi hati manusia sentiasa terdetik sampai bila ujian ini akan berkahir untuk kita sekeluarga.

ujian umi semakin bertambah bila anak-anak umi sedang membesar. tanggungjawan yang umi galaskan seorang disini membuatkan kesabaran dalam diri umi kian pudar. keletah kakak dang-kadang membuatkan umi tidak boleh menahan rasa, tangan umi mula bergerak di badan kakak. maafkan umi sayang.

sayu hati umi bila melihat kakak nga adik demam....


Monday, April 28, 2014

Gaji oh Gaji




pejam celik pejam celik gaji dah masuk tapi... bila dah masuk ke mana hala tuju sebenarnya duit tu..

pening betul rasa stress pun ada bila duit yg ada cukup-cukup ataupun xcukup untuk tampung sebulan ni..

duit babysiter, duit sewa umah, duit loan, duit yang digunakan untuk tidak sepatutnya dalam senarai pun termasuk sekali. alahai duit...meberi itu lebih berharga dari meminta begitu kot perumpamaan yang sesuai untuk aku katakan. gaji yang diterima hampir 80% diberikan kepada pihak-pihak yang tertentu.

bulan ni yang paling sengkek sekali kot untuk sesuaikan dengan keaadaan sebelum ini.


walau bagaimanapun aku bersyukur kepadaMu Ya Allah di atas kurniaan rezeki yang engkau berikan. setiap pemberian yang diberikan amat berharga buat ku dan anak-anakku.

Monday, April 21, 2014

Muhammad Adam Zarif




 Assalamualaikum wbt...

Dah lama rasanya tidak bersua rasa di sini. xde idea untuk diungkapkan, mungkin dah lama minda direhatkan manjadi tepu untuk berbicara di sini.
Alhamdulillah syukur kepada hadrat Illahi di atas kurnian yang diberi lahirlah permata hati kedua dalam keluarga kami tanggal 25 Januari 2014.
putera yang lahir secara normal dengan berat yang mencecah 2.8kg lahir pada masa 1759 diberi nama Muhammad Adam zarif bin Che Noradnan.



Adam anak Umi, Umi doakan adam menjadi anak yang soleh yang boleh membahagiakan umi dan Abah dah bawa Umi nga abah ke alam syurga.  Adam umi namakan khas sama seperti nama nabi Adam as.  tumbesaran Adam nanti jadikan baginda sebagai role model dalam mengarungi liku-liku kehidupan dan menempuh pelbagai cubaaan dan dugaan di muka bumi Tuhan. Adam jadilah anak yang taat kepada agama dan bangsa. sentiasalah bina ukhwah yang baik sesama manusia. Selagi umi mampu Insyaallah umi dan abah akan didik Adam menjadi insan yang sempurna di mata agama. 


Dugaan Umi adalah membesarkan anak-anak tidak seperti keluarga yang lain. Abah jauh diperantauan mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Umi menjadi Abah, Abah menjadi Umi, itulah yang digalaskan dibahu Umi. Umi harap anak-anak Umi membesar dengan sempurna. 
Salam sayang dari Umi untuk anak-anak umi.


Friday, October 4, 2013

kasih bersatu, permata hati diberi



6.6.2011, bermula alkisah dalam kamus hidupku..
sulaman kasih dibina hampir 3 tahun akhirnya tersemai indah dihari perkahwinan. Syukur Alhamdulillah
segala yang dirancang akhirnya terbina jua.



Kehidupan yang dibina tidak seperti orang lain.
perkahwinan jarak jauh memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. 
semoga ia penjadi pendorong buatku untuk terus bersabar...bersabar ...bersabar dan bersabar
terima kasih di atas kurniaan yang diberi..


Nur Assyifa Adriana, cahaya penawar dalam kehidupan ...
Tanggal 3.3.2013 lahirnya seorang puteri yang menjadi pengikat kepada kasih sayang kami.
 segala gelak ketawa, suka dan duka menjadi kekuatan untuk kami membina keluarga.