Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasanya tidak bersua rasa di sini. xde idea untuk diungkapkan,
mungkin dah lama minda direhatkan manjadi tepu untuk berbicara di sini.
Alhamdulillah syukur kepada hadrat Illahi di atas kurnian yang diberi
lahirlah permata hati kedua dalam keluarga kami tanggal 25 Januari 2014.
putera yang lahir secara normal dengan berat yang mencecah 2.8kg lahir
pada masa 1759 diberi nama Muhammad Adam zarif bin Che Noradnan.
Adam anak Umi, Umi doakan adam menjadi anak yang soleh yang boleh
membahagiakan umi dan Abah dah bawa Umi nga abah ke alam syurga. Adam umi
namakan khas sama seperti nama nabi Adam as. tumbesaran Adam nanti
jadikan baginda sebagai role model dalam mengarungi liku-liku kehidupan dan menempuh pelbagai
cubaaan dan dugaan di muka bumi Tuhan. Adam jadilah anak yang taat kepada agama
dan bangsa. sentiasalah bina ukhwah yang baik sesama manusia. Selagi umi mampu Insyaallah umi dan abah akan didik Adam menjadi insan yang sempurna di mata
agama.

Dugaan Umi adalah membesarkan anak-anak tidak seperti keluarga yang lain. Abah jauh diperantauan mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Umi menjadi Abah, Abah menjadi Umi, itulah yang digalaskan dibahu Umi. Umi harap anak-anak Umi membesar dengan sempurna.
Salam sayang dari Umi untuk anak-anak umi.

No comments:
Post a Comment