kami

kami
6.6.2011 Permulaan kehidupan. Semoga segalanya dipermudah. Aminn...

Thursday, May 22, 2014

syifa sayang


gembiranya hati umi tatkala kelahiranmu. peneman segala duka umi ketika abah berjauhan. dirimu umi tatang bagaikan intan dan bermata. bertama serinya hati umi dengan kehadiranmu.

masa kian berlalu, syifa membesar sekelip mata sahaja bagi umi. skarang syifa dah jadi kakak. kaka kepada seorang adik lelaki yang diberi nama adam. tapi kita masih lagi sama iaitu sama dari erti kata berjauhan dengan abah. abah masih tidak bersama kita berkerja diperantauan di tapah perak..bukan untuk mengeluh dengan ujian diberi tapi hati manusia sentiasa terdetik sampai bila ujian ini akan berkahir untuk kita sekeluarga.

ujian umi semakin bertambah bila anak-anak umi sedang membesar. tanggungjawan yang umi galaskan seorang disini membuatkan kesabaran dalam diri umi kian pudar. keletah kakak dang-kadang membuatkan umi tidak boleh menahan rasa, tangan umi mula bergerak di badan kakak. maafkan umi sayang.

sayu hati umi bila melihat kakak nga adik demam....


Monday, April 28, 2014

Gaji oh Gaji




pejam celik pejam celik gaji dah masuk tapi... bila dah masuk ke mana hala tuju sebenarnya duit tu..

pening betul rasa stress pun ada bila duit yg ada cukup-cukup ataupun xcukup untuk tampung sebulan ni..

duit babysiter, duit sewa umah, duit loan, duit yang digunakan untuk tidak sepatutnya dalam senarai pun termasuk sekali. alahai duit...meberi itu lebih berharga dari meminta begitu kot perumpamaan yang sesuai untuk aku katakan. gaji yang diterima hampir 80% diberikan kepada pihak-pihak yang tertentu.

bulan ni yang paling sengkek sekali kot untuk sesuaikan dengan keaadaan sebelum ini.


walau bagaimanapun aku bersyukur kepadaMu Ya Allah di atas kurniaan rezeki yang engkau berikan. setiap pemberian yang diberikan amat berharga buat ku dan anak-anakku.

Monday, April 21, 2014

Muhammad Adam Zarif




 Assalamualaikum wbt...

Dah lama rasanya tidak bersua rasa di sini. xde idea untuk diungkapkan, mungkin dah lama minda direhatkan manjadi tepu untuk berbicara di sini.
Alhamdulillah syukur kepada hadrat Illahi di atas kurnian yang diberi lahirlah permata hati kedua dalam keluarga kami tanggal 25 Januari 2014.
putera yang lahir secara normal dengan berat yang mencecah 2.8kg lahir pada masa 1759 diberi nama Muhammad Adam zarif bin Che Noradnan.



Adam anak Umi, Umi doakan adam menjadi anak yang soleh yang boleh membahagiakan umi dan Abah dah bawa Umi nga abah ke alam syurga.  Adam umi namakan khas sama seperti nama nabi Adam as.  tumbesaran Adam nanti jadikan baginda sebagai role model dalam mengarungi liku-liku kehidupan dan menempuh pelbagai cubaaan dan dugaan di muka bumi Tuhan. Adam jadilah anak yang taat kepada agama dan bangsa. sentiasalah bina ukhwah yang baik sesama manusia. Selagi umi mampu Insyaallah umi dan abah akan didik Adam menjadi insan yang sempurna di mata agama. 


Dugaan Umi adalah membesarkan anak-anak tidak seperti keluarga yang lain. Abah jauh diperantauan mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Umi menjadi Abah, Abah menjadi Umi, itulah yang digalaskan dibahu Umi. Umi harap anak-anak Umi membesar dengan sempurna. 
Salam sayang dari Umi untuk anak-anak umi.